Modenas memperbaharui pilihan warna untuk sportbike popular Modenas Ninja ZX-25R SE edisi 2024 dengan pengenalan warna Metallic Phantom Silver X Ebony (Stormcloud Blue).
Skim Metallic Phantom Silver X Ebony itu ialah warna pengganti kepada Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony (hitam kelabu hijau). Untuk warna Lime Green/Ebony (hijau Kawasaki), Modenas masih mengekalkan pilihan itu.
Tiada kenaikan harga dilakukan Modenas dengan tawaran warna baharu Modenas Ninja ZX-25R SE (2024). Harga jualan asas disyorkan masih kekal iaitu RM33,900. Ninja ZX-25R SE versi Stormcloud Blue akan berada di rangkaian pengedar bermula Febuari 2024.


