Honda CBR150R Edisi 2023 – Harga RM13,299

Motor Motosikal

Boon Siew Honda memperkenalkan satu warna pilihan baru untuk sportbike Honda CBR150R edisi 2023 iaitu Pearl Nightfall Blue (biru kuning).

Dua warna lama Honda CBR150R edisi 2021 iaitu Mat Charcoal Gray Metallic (kelabu) dan Candy Scintillate Red (merah) masih lagi dijual kepada pembeli.

Berapa harga sportbike Honda CBR150R edisi 2023?

Harga sportbike Honda CBR150R edisi 2023 dengan skim warna Pearl Nightfall Blue itu ialah RM13,299 seunit. Ini cuma harga asas, belum kira harga insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran.

Maksudnya, Boon Siew Honda memang ada menaikkan harga sportbike CBR150R sebanyak RM800! untuk edisi 2023.

Kalau dibandingkan dengan harga Honda CBR150R yang dilancarkan pada 7 September 2021, harga jualan asas masa itu cuma RM12,499.

Tapi, model Honda CBR150R edisi 2023 sebenarnya lebih murah RM200 kalau dibandingkan Honda CBR150R Edisi Repsol tahun 2022 yang dijual pada harga RM13,499. Apapun, Boon Siew Honda cuma sediakan 800 unit sebagai model edisi terhad Repsol.

Honda CBR150R Edisi Repsol (2022) – Terhad 800 unit sahaja di Malaysia

Bila boleh beli Honda CBR150R dengan warna baru?

Boon Siew Honda memberitahu sportbike dengan warna Pearl Nightfall Blue akan berada di semua pengedar sah Honda dan terpilih bermula 22 Jun 2023.

Apa spesifikasi Honda CBR150R edisi 2023?

Sebenarnya, model edisi 2023 ini tak ada apa-apa naik taraf mekanikal atau elektronik dan masih menggunakan semua spesifikasi sama macam CBR150R tahun 2021.

  • Enjin Honda CBR150R jenis satu silinder 4 lejang berkapasiti 149.2cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api (FI). Kuasa kuda dihasilkan ialah 16hp @ 9,000rpm dengan tork maksimum 13.7Nm @ 7,000rpm.
  • Kotak gear pula adalah jenis klac tangan 6 kelajuan dengan tambahan sistem klac anti-gelincir Assist & Slipper (A&S).
  • Sistem Assist & Slipper ini mencegah tayar belakang CBR150R dari tergelincir semasa penunggang pantas menurunkan gear (drop gear).
  • Setiap roda dipasang brek cakera tunggal dan model ini ada dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran untuk menambah baik keselamatan ketika membrek.
  • Lampu depan dan belakang Honda CBR150R jenis LED, sama juga untuk lampu signal.
  • Fork depan USD jenama Showa dengan sistem monoshock belakang dengan Prolink.
  • Meter digital penuh yang menunjukkan info speedometer, tachometer, odometer, kedudukan gear, baki minyak petrol, jam dan beberapa lampu amaran.
  • Rim aloi standard 17 inci dengan tayar depan 100/80 dan tayar belakang saiz 130/70.
  • Tempat duduk setinggi 788mm. Jarak roda (wheelbase) ialah 1,310mm dan berat motosikal 139kg.
  • Kapasiti tangki minyak 12 liter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *