Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) mengumumkan pembukaan pusat 4S flagship (Kawasaki All Star) terbaharu di Kuching, Sarawak.
Pusat 4S itu merangkumi empat aspek iaitu pameran, jualan, servis dan alat ganti itu adalah Kawasaki All Star ketiga selepas Kawasaki Shah Alam 4S yang dibuka pada Disember 2022 dan Kawasaki Setapak (November 2023).
Senarai Pengedar dan Kawasaki All Star
- Kawasaki Shah Alam 4S – Chear Motor
- Kawasaki Setapak 4S – Eang Chun Motor
- Kawasaki Kuching 4S – Ghee Hua Co
Apa Itu Kawasaki All Star 4S?
Kawasaki All Star 4S ialah pusat utama atau flagship yang mengikut rekaan dan standard binaan Kawasaki Plaza di Jepun, mengutamakan paparan pameran produk dan juga visual barangan.
EMOS mengharapkan potensi pasaran yang lebih baik dengan adanya Kawasaki Kuching 4S untuk produk motosikal dan skuter jenama Kawasaki dan Modenas di Sabah serta di Sarawak.
EMOS yang merupakan anak syarikat milik penuh Modenas juga ada sasaran membuka 10 pusat Kawasaki 4S dan melantik lima lagi pengedar berstatus All Star pada tahun ini.